Wednesday, June 2, 2010

sidang media SAMM terhadap keganasan israel serta penglibatan kerajaan BN dengan agen yahudi zionis..!!!


SAMM (solidariti anak muda malaysia)berpendapat bahawa sebelum kerajaan mengecam dan mengutuk serangan tentera israel terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini seharusnya kerajaan juga bertindak mengusir proksi mereka di negara kita iaitu syarikat APCO WORLWIDE & ASIASOFT PTE.LTD yang berpengkalan di negara Israel sendiri. kedua dua syarikat ini dilantik oleh kerajaan Malaysia(kerajaaan BN) untuk menjadi penasihat dan perunding imej kerajaan dan juga mengawal sistem maklumat pertahanan negara. Perkara ini telah didedahkan oleh ketua pembangkang di parlimen, Dato Seri Anwar Ibrahim dan menjadi liputan seluruh masyarakat dunia kerana Malaysia yang suatu ketika dahulu cukup dikenali masyarakat antarabangsa sebagai antara negara islam yang sangat dihormati dan disegani kini sudah mulai tunduk dengan negara zionis ini. Isu ini amat mengecewakan seluruh rakyat Malaysia yang telah sekian lama memandang tindak tanduk israel sebagai pengganas atau 'real terrorist' terhadap seluruh negara islam dan negara-negara lain di dunia ini dan kini, ianya telah bertapak di negara kita. Apakah agenda mereka sememangnya pasti menjadi persoalan walaupun kita telah sedia maklum bahawa sejarah yahudi zionis ini telah banyak dinukilkan dalam sejarah sebagai perosak dan penyokong kezaliman yang kuat.

Acapkali kita dalam pakatan pembangkang menunjukkan protes dan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana terus mempertahankan unsur-unsur zionis ini yang telah lama meresap dalam kehidupan dan juga budaya rakyat Malaysia demi matlamat utk melemahkan umat islam dan hanya menunggu masa untuk dijinakkan oleh mereka. Ini sangat jelas apabila bermulanya perang dunia ke 2, fahaman zionis ini telah mula berfungsi dan diperkembangkan di banyak negara dan kini fahaman ini semakin berjaya bagi matlamat mereka untuk menguasai dunia. Malaysia juga dilihat antara negara yang telah berjaya dikuasai oleh puak-puak yahudi zionis ini dan sekiranya kita tidak bersikap tegas dan agresif maka percayalah masa kehancuran akan tiba dan kita pasti menanggung kekesalan akibat kelalaian dan kealpaaan dalam merancang masa depan negara.

Semalam banyak perkara telah didedahkan oleh Ketua Penyelaras SAMM sdra Chegubard yang diantaranya penglibatan syarikat-syarikat besar israel yang membuka cawangan mereka di negara kita seperti Starbucks, kilang Coca Cola terbesar di rantau asia, Apco Worlwide, Asisoft pte.ltd dan banyak lagi rangkaian mereka yang semakin hari semakin galak serta mendapat sokongan terus dari kerajaan yang memerintah iaitu kerajaan BN. Rakyat harus disedarkan dengan agenda busuk dan jahat yahudi zionis ini yang menggunakan kerajaan BN sebagai perantara bagi mereka mencapai hasrat untuk menjajah negara kita dan seluruh dunia bagi meresap fahaman zionis ini agar kita terus lemah, diperbodohkan serta boleh ditunggang kemudian apabila masanya telah tiba maka mereka pasti memusnahkan dan menghancurkan kita seperti apa yang telah terjadi di negara Palestin sekarang.

Maka seiring dengan keganasan serangan mereka terhadap aktivis keamanan ke Gaza semalam yang turut melibatkan 12 orang rakyat kita, SAMM (solidariti anak muda malaysia) menyeru dan menjemput semua rakyat Malaysia khususnya umat islam untuk bersama sama dalam demonstrasi bantahan kekejaman israel di hadapan kedutaan Amerika, kuala lumpur selepas solat jumaat yang turut disertai oleh pimpinan besar Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin Mahasiswa dan NGO-NGO. diharapkan dengan kesedaran rakyat Malaysia demi menyelamatkan negara tercinta, haruslah bermula gerakan ini bagi menekan dan menentang semua agenda dan proksi yahudi zionis ini sebelum ianya bertambah parah. Sekali lagi SAMM berpendirian bahawa tiada negara lain yang akan menyelamatkan negara kita selain kita rakyat Malaysia sendiri yang harus bangkit dan mempertahankannya dari diceroboh dan dibinasakan oleh fahaman yahudi zionis ini.

AYUH RAKYAT BANGKIT..!!!
ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!

SAMM (solidariti anak muda malaysia)
PERUBAHAN HARUS DIDESAK BUKAN DITUNGGU...!!!
http://solidaritianakmuda.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment