Sunday, November 7, 2010

bantuan mangsa banjir di utara anjuran unit ehsan p.pinang dan SAMM....






BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM....
ALHAMDULILLAH..!!!
Syukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya dapat lah kami yakni sekumpulan anak muda dari UNIT EHSAN P.PINANG, AMK P.PINANG / AMK JOHOR / AMK SELANGOR / AMK NEGERI SEMBILAN & SAMM ( solidariti anak muda malaysia) hadir ke utara demi merealisasikan agenda program Parti iaitu misi bantuan mangsa banjir di Negeri Kedah Darul Aman. Konvoi yg bermula dari Negeri Sembilan yang diketuai oleh Ketua Penyelaras SAMM yg juga Calon Ketua AMK Pusat Sdra Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard itu disambut oleh ADUN Teja YB Chang Li Kang yg juga Calon Timbalan Ketua AMK Pusat di hentian JURU. Kumpulan yang hadir ini adalah kumpulan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pertama tiba untuk menyampaikan bantuan setelah Parti UMNO dan PAS tiba lebih awal sebelumnya. Setibanya di hentian JURU P.Pinang, telah diadakan sidang media oleh wartawan-wartawan yang hadir bagi mengikuti aturcara program dan matlamat program ini diadakan.

Pasukan ini tiba di Alor Star pada jam 7 petang dan Sdra Chegubard selaku Ketua Penyelaras Program terus memberi arahan dan tugasan kepada semua ahli parti & sukarelawan yang terlibat dalam melicinkan aturcara program. Antara tugasan yg dipertanggungjawabkan ialah, memasak, memotong sayur, mengasingkan baju-baju terpakai mengikut kesesuaian, membungkus makanan, aturan traffic, dan mengenal pasti kelompok mangsa yang benar-benar memerlukan bantuan segera. Di sana kami telah disambut oleh timbalan ketua unit amal Kedah dan petugas-petugas yang sangat dedikasi dalam membantu kami memudah dan melicinkan gerak kerja bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Semua mangsa ditempatkan di beberapa buah sekolah di sekitar berdekatan dgn penempatan mereka yang ditimpa banjir.

setibanya di kawasan penempatan di salah sebuah sekolah di kawasan tersebut, kami disambut oleh rakyat disitu yang juga mangsa banjir yang terdiri rata-ratanya dikalangan warga emas dan lebih ramai lagi kanak-kanak yang begitu gembira kerana ketika itu bantuan makanan untuk mereka yang disediakan oleh kerajaan negeri belum tiba lagi pada ketika itu. Maka kami dengan segera menyiapkan hidangan dan memasak beberapa makanan segera seperti burger dan hot dog bagi menjamu mangsa-mangsa yang terlibat. One-Nie adalah salah sebuah syarikat Caterer yang dipertanggungjawabkan utk menyiapkan menu hidangan seperti kari daging, sayur-sayuran goreng, ulam ulaman dan berbagai bagai lagi juadah yang akan dijamukan kepada semua mangsa yang terlibat disitu. Sdra Chegubard selaku penyelaras program mengarahkan semua petugas untuk terus membawa makanan segera seperti air mineral, burger dan hotdog terus ke bilik-bilik yang didiami mangsa banjir agar tidak menyusahkan mangsa untuk turun dan naik tangga di sekolah itu. semua pakaian terpakai yang dibawa petugas masing-masing telah diagih agihkan dengan adil kepada semua mangsa banjir yang memerlukan setelah pakaian mereka banyak yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Dalam kesempatan itu juga Yb Chang Li Kang dan Sdra Chegubard sempat melawat beberapa orang warga emas yang kelihatan uzur dan sakit yang juga mangsa banjir disitu. Sempat juga sdra Chegubard dan Yb Chang Li Kang menyuapkan ubat kepada warga emas yang kebetulan memerlukan sokongan bagi membantu mereka bangun dari tempat tidur dan memakan ubat yang disediakan oleh pasukan Unit Amal Kedah.

Apa yang sangat kami kesalkan adalah, tuduhan kerajaan BN bahawa kerajaan negeri tidak perihatin dan mengabaikan mangsa banjir adalah fitnah sama sekali kerana jelas disana rakyat ditempatkan dalam keadaan yang selesa dan makanan yang dibekalkan sangat mencukupi bagi menampung semua mangsa yang terlibat. Pasukan Unit Amal telah mula bertugas sejak dari hari mulanya berlaku banjir sehingga sekarang tanpa sekali pun meninggalkan atau mengabaikan rakyat yang ditimpa bencana ini. Mereka juga tinggal bersama dengan mangsa banjir dan sering memantau keadaan mereka. Soal remeh temeh itu tidak dapat dinafikan dan kita sedar dalam keadaan bencana mengejut seperti ini pasti belaku, tetapi persoalan tuduhan bahawa kerajaan negeri yang juga kerajaan pakatan rakyat mengabaikan dari semua aspek bantuan terhadap mangsa banjir adalah meleset sama sekali. kami mengecam tuduhan dari kerajaan BN itu.

Akhirnya program bantuan dan misi kami tamat sekitar jam 2.00 pagi. Beberapa petugas ditinggalkan sehari dua bagi membantu petugas unit amal yang sedia ada bagi memudahkan sedikit kerja mereka dan ini juga dapat memupuk semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat dalam memantapkan hubungan sesama parti. Sekali lagi kami bersyukur dan berterima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat samaada dalam parti atau luar parti dalam merealisaikan program bantuan kemanusiaan ini dan diharapkan selepas ini pasukan ini akan menjadi pasukan yang lebih dahulu kedepan sekiranya berlaku lagi bencana alam atau spertinya, insyaallah..

SAMM (solidariti anak muda malaysia)
" PERUBAHAN HARUS DIDESAK BUKAN DITUNGGU...!!!"

No comments:

Post a Comment