Friday, May 7, 2010

PSY WAR BLOG ANTI PKR & UMNO CYBERTROOPERS!!!!


BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM......
Untuk perhatian semua rakyat Malaysia, barisan anak2 muda terlebih khususnya sahabat2 dalam ruangan blog ini bahawa saya selaku koordinator SAMM (solidariti anak muda malaysia) menyatakan dengan sesungguhnya bahawa debat yang dikhabarkan dalam semua blog anti PKR dan beberapa blog yang anti Pakatan ini adalah bukan dari ILHAM & ANJURAN KAMI dan SAMM nafikan debat ini anjuran kami!!!

Akan tetapi ucapan terima kasih kepada blogger2 anti PKR dan umno cyber troopers kerana BEGITU MENGHARGAI kehadiran kami dalam arena politik ini. kami SAMM juga berbesar hati kerana gerakan yang mewakili anak muda ini semakin mendapat tempat dan ruang provokasi diberi keutamaan kepada gerakan kami.

Seharusnya, pihak blogger anti PKR dan cyber troopers yang berbayar ini memainkan peranan yang lebih efisyen dan profesional dalam sistem penganjuran debat agar impaknya kpda rakyat begitu jelas. Psy war seperti ini sdah lapok dan ketinggalan zaman bagi kami SAMM seluruhnya. Apa kata kumpulan blogger2 anti PKR & cybertroopers ini secara serius dan gentleman bersama SAMM dalam menganjurkan debat seperti ini. insyaalah, kami secara peribadi akan memainkan peranan yang lebih baik dan serius ttg perkara ini, bukan dengan cara psy war yang telah ketinggalan zaman dan kolot serta menyusahkan rakyat.

maka harapan kami kepada blogger2 yang tdk bertanggungjawab ini, kembali ke pangkal jalan, bertempur secara jantan dan bermaruah. janganlah kamu merelakan diri kamu mnjadi ANJING PENYERANG BERBAYAR yang tidak bermaruah dan tdk berprinsip!!!

PERUBAHAN HARUS DIDESAK, BUKAN DITUNGGU!!!

SAMM (solidariti anak muda malaysia)

MUHD SAUFI B MI'AD

KOORDINATOR SAMM
http://solidaritianakmuda.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment