Tuesday, September 28, 2010

SAMM bersama mahasiswa dalam kes saman pemula pelajar terhadap UKM di mahkhamah jln duta , KL....

bergambar dgn eli dan ginie sebelum gnie meninggalkan tanahair utk belajar di UK selama setahun..selamat berjuang ginie..!!



rozan AMK batu juga hadir utk memberi sokongan kepada mahasiswa dan SMM...
berjumpa dgn sahabat AMK lembah pantai..

semalam di mahkhamah ramai aktivis2 dan kelompok2 anak muda yg hadir utk memberi sokongan kepada sahabat2 mahasiswa dalam kes mereka terhadap UKM yg ingin membawa mereka dibicarakan di universiti atas akta AUKU yg tdk adil sama sekali terhadap mana2 pelajar mahasiswa. persoalan pelajar tdk dibenarkan berpolitik hanya dalam skop pembangkang sahaja tetapi bila pelajar berpolitik untuk parti UMNO itu dibolehkan malah digalakkan..ini lah yg dipanggil diskriminasi dalam pentadbiran dan penguatkuasaan. kerana itu sekumpulan pelajar2 seperti Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha, dan Wong King Chai mengambil pendekatan sebegini untuk memberi isyarat jelas kepada kerajaan atau kementerian bahawa hak haruslah diangkat sebagai hak, bukan retorik semata mata. sememangnya ini adalah salah satu langkah bagaimana untuk mmbangkitkan kesedaran kepada mahasiswa seluruh negara agar jangan terpesona dgn janji2 mereka bahawa hak dan kebebasan bersuara ini wujud di muka bumi malaysia ini sdangkan ia sekadar angin lalu sahaja.
SAMM sendiri telah menyatakan dgn tegas bahawa selagi hak2 mahasiswa dan pelajar2 di seluruh negara dinafikan, maka kami tdk teragak agak untuk bersama dgn mereka berganding bahu untuk terus berjuang bagi membangkitkan semangat demokrasi ini agar terus subur dan terus terpelihara sehingga bila2 insyaallah....

SAMM (solidariti anak muda malaysia )
" PERUBAHAN HARUS DIDESAK BUKAN DITUNGGU..!!!"

Friday, September 24, 2010

ucapan 20 minit calon-calon KETUA AMK MALAYSIA...


Antara perkara point penting yang dibangkitkan dalam debat
  1. Kita boleh saja bercakap nak ke Putrajaya atau Konsep pencerahan namun siapa sahaja yang memang dalam pemilihan kali ini harus sedar satu hakikat iaitu risiko terhadap Anwar dan Parti. Semua orang harus bersedia dengan risiko itu.

  2. Siapa dalam dewan ini yang boleh nafi Anwar akan ditahan semula ? Hanya orang yang tidak memahami politik negara dan ketakutan regim Rosmah dan Najis sahaja akan percaya Anwar akan memperolehi keadilan.

  3. Dengan peguam dihalang berhujah, bukti yang diselewengkan serta semua agensi kerajaan dipergunakan sepenuhnya semua sudah parti tahui akan penghujung kes ini.

  4. Maka team yang menerajui AMK nanti mesti / wajib menyedari hakikat ini dan bersedia bertempur dengan sedaya upaya mereka. Tdak kira siapa yang memang harus memperakui hakikat ini jika tidak Amk tidak berpijak dibumi nyata.

  5. Hakikat ini perlu disedari sebelum bincang pasukan ke Putrajaya.

  6. Pilihanraya akan diadakan mungkin sekitar suku ketiga tahun hadapan tetapi yakinlah sebelum itu Anwar akan ditahan.

  7. Penahanan Anwar ini bakal berlaku kerana ketakutan regim Rosmah dan Najib pada Anwar. Anwar memberikan imej baik di dalam dan luar negara kepada Pakatan Rakyat. Anwar ialah pengikat 'glue' kepada Pakatan Rakyat. Dengan masalah dalaman Bn dan regim yang makin meruncing Najib tidak sanggup berdepan dengan Pakatan Rakyat yang bersatu dan berimej baik jesteru itu apa jua cara sekalipun Anwar perlu ditahan.

  8. Ingat senang ke Regim ini nak serahkan Putrajaya begitu sahaja dengan menyerah di kotak undi ? Ingat senang ke mereka nak beri Petronas untuk diuruskan rakyat ? Ingat senang ke adik Najib nak serah kerusi empok CIMB yang berikanya berjuta setahun ? Regim ini tidak akan menyerah dengan mudah, seribu satu taktik kotor akan digunakan maka pimpinan muda yang bakal dibentuk harus bersedia 'bertempur' bagi pihak rakyat.

  9. Lihat sahaja Perak dah menang pun dirampas secara jahat dengan melibatkan pemodal besar, kakitangan kerajaan dan seumpamanya.

  10. Selepas ini juga peluang yang terbaik kerana dua krisis besar iaitu satu krisis yang tidak dapat di elak iaitu krisis ekonomi dan satu lagi krisis yang dicipta krisis perkauman.

  11. Ekonomi merupakan faktor penting. Pertempuran antara Abdullah dan Mahathir punca agihan kek ekonomi antaranya ialah apabila tanah di Sg. Buluh yang telah diberikan pada anak Mahathir telah dibatalkan. Pertempuran Mahathir dan Najib juga akan tercetus juga antara alasan hampir sama iaitu kes tanah TUDM di Sg. Besai yang seharusnya dapat kepada kroni Dr. Mahathir tetapi kini dianugerahkan oleh Regim Rosmah dan Najib akur kepada orang lain.

  12. Begitu juga kesan ekonomi global yang tidak dapat dielak. US telah melakukan suntikan ransangan ekonomi berjumlah USD 1 Trillion, namun ekonomi berasaskan pasaran terbuka terus gagal. Bank pertama muflis Nortern Rock. Lehman Brother, bank pengurus dana kewangan terbesar juga jatuh muflis. Kesan ekenomi melebar ke Eropah. Iceland dan Greace sudah menjadi negara muflis. Itali, Sepanyol dan Portugal yang asas ekonomi negara lemah pasti akan mengekori. Di UK pengangguran menjadi 6% di Amerika meningkat pada kadar 5-7%. Ini krisis dan kegagalan sistem ekonomi pasaran terbuka dunia.

  13. Krisis mula September 2008, sejak itu banyak rumah kena rampas bank, banyak harta dirampas bank, pasaran menjadi kacau lelelongan awam terganggu. Dari US ke Eropah melebar ke Asia. Buget ransangan USD 1 trillion yang dibuat Obama gagal...... adakah kita percaya suntikan ransangan RM21juta Najibberjaya ? Kesan dunia ini tidak dapat dielak dan ini akan menumbangkan juga regim ini jika barisan anak muda 'pendesak' dapat kita persiapkan.

  14. Krisis perkauman ialah krisis yang dicipta oleh regim untuk menyelamatkan keadaan. Ini biasa dilakukan di seluruh dunia dan terakan dalam sejarah. Adolf Hitler dari seorang pengemis di Viena ke perebet penghantar surat dalam Regimen ke 16 Bavaria kemudian menjadi agen gergaji bermata dua dalam pasukan tentera German. Oleh kerana pada ketika itu masalah ekonomi menekan massa rakyat maka Hitler dengan karisma dan licik strategi beliau telah membangkitkan serta menyatukan semua 'bangsa German' dengan menjadikan Yahudi sebagai musuh atas alasan Yahudi menguasai dan 'mencuri' harta orang German. Hitler diangkat menjadi Canselor (ketua) German beliau bukan saja membangkitkan pembersihan etnik tetapi mencatatkan nama mencetus perang dunia.

  15. Di Malaysia regim yang diwarisi Rosmah dan Najib ini terbentuk dari pakatan parti – parti perkauman yang diwarisi dari penjajah. Setiap kali mereka hilang tapak sokongan pasti mereka akan menggunakan taktik sama iaitu sentimen perkauman. Cuma kali ini pembakaran sentimen perkauman dilakukan secara francais oleh pihak luar parti pendiri regim. Ini amat bahaya dan bakal tidak dapat dikawal nanti bila krisis dunia melebar.

  16. Menyedari dan menginsafi semua perkembangan ini khususnya risiko yang bakal ketua umum parti bakal berdepan maka anak muda progresif perlu menyediakan pasukan 'tegar' yang bersedia.

  17. Realiti kini : setelah proses pencalonan dilakukan hanya ¼ cabang sahaja yang mampu memberikan pencalonan AMK yang cukup. Maksudnya ada pencalonan Ketua, Timbalan, 3 Naib dan 15 AJK peringkat cabang. Jika untuk memberikan pencalonan cukup pun tak mampu maknanya AMK sudah memasuki 'zon merah'. Malah di Sarawak tidak ada AMK yang layak bermesyuarat.

  18. AMK juga seolah hilang arah dan pendekatan.

  19. Tumpuan :

  • mempersiapkan jentera AMK di setiap peringkat khususnya kawasan tumpuan

  • mempertingkatkan kesedaran dan daya tahan AMK

  • mempertingkatkan daya tarikan anak muda terhadap AMK

  1. Sasaran :

  • 30 kawasan sedia dimenangi dan ditambah sekurang kurangnya 15 lagi kawasan yang harus dirampas harus lengkap AMK dan sedia hadapi sebarang kemungkinan

  • AMK sedia dan memberikan tumpuan gerak kerja mobilisasi perbagai, tumpuan pendaftaran pemilih dan seumpamanya

  • responsif terhadap isu semasa dengan lenggok gaya anak muda

  1. perlaksanaan :

  • Demokrasi

    • dalaman : pindaan perlembagaan bersifat memperteguh demokrasi dengan 1 undi 1 ahli. Ini harus disambut oleh AMK dengan perlaksanaan kongres negeri. Sebelum ini sering wujud isu lantikan ketua AMK tidak diterima dan seumpamanya. Sebagai manusia saya sendiri tidak dapat elak jika ada teman rapat yang mendesak untuk menjadi ketua amk negeri. Jesteru itu Kongres AMK negeri bakal melebarkan demokrasi dengan pimpinan negeri dipilih melalui demokrasi. Tidak penting pimpinan negeri tak sokong saya secara peribadi tetapi yang penting parti.

    • Luaran : walaupun kita kelihatan biasa dengan demokrasi tapi pemahaman masih jauh. Dari aspek bahasa sahaja di seluruh dunia demokrasi tua dan maju mereka punya bahasa mereka bagi menterjemah Demokrasi, cth Hanggul (Bahasa Korea) menyebut demokrasi sebagai minjujui (kuasa rakyat) namun diMalaysia ia agak jauh kerana kita hanya meminjam perkataan bahasa Ingeris (democracy = demokrasi) jesteru itu kempen berterusan mendidik rakyat memahami erti demokrasi harus diberikan tumpuan contohnya tak ramai yangs edar negara ini ialah gabungan negeri-negeri yang bersatu dalam konsep federalisme. Kuasa negeri-negeri harus diperteguh. Melalui aspek ini juga AMK akan menjadi pendesak kepada pelaksanaan kuasa kerajaan negeri demi menobatkan hak rakyat seperti pemilihan kerajaan tempatan. Mobilisasi akan diberikan tumpuan dalam aspek pendidikan pengukuhan demokrasi.


  • Latihan dan pengkaderan

    • keADILan tidak ada sistem pengkaderan. Ini bahaya bagi hanyat parti. Dalam negeri yang diterajui PR sendiri kita umpama menjual epal di pasar malam dalam mencari ahli. Kita perlukan sistem segera.Regim menggunakan BTN, PLKN dan perbagai lagi elemen untuk mendoktrin anak muda.

    • Contoh dicadangkan : sasaran lepasan Spm dan STPM. Selalunya kelompok ini akan pergi ke kursus bahasa ingeris dan komputer. Apa salahnya atas kepentingan mempertingkat modal insan kerajaan negeri mengeluarkan buget menganjurkan kursus komputer dan bahasa inggeris secara khemah latihan 3-4 minggu. Peluang bersama anak muda ini harus diambil kesempatan. Bukan doktrin tetapi merdekan minda anak muda. Dedahkan mereka dengan fakta sejarah sebenar negara dan anak muda akan sedar bahawa parti-parti pendiri regim merupakan pewaris penjajah dan cerita negara hanya merdeka dengan rundingan hanya dongeng. Anak muda ini dimerdekan minda dengan mendedahkan masalah negara. Ribuan anak muda akan membentuk ganerasi muda yang progresif dan sedar. Ikuti mereka secara sistematik di Universiti. Anak muda yang menjadi pelatih terbaik tiap kursus pasti dengan karisma dan tahap pemikiran mereka akan masuk universiti dan bantu mereka untuk melebar sayap kesedaran atau bantu mereka (bukan kawal) dalam pilihanraya kampus.

    • Sebagai gerakan progresif anak muda AMK akan relevan dalam ganerasi muda progresif dan sedar. Ini terus menjawab pengkaderan melahirkan kepimpinan baru.

  • Perubahan imej secara radikal

    • Jgn terperangkap dengan istilah radikal dan revolusi dengan gambaran imej ganas spt bakar kereta dll.

    • Imej amk bukan beerti perlu seorang CEO hebat mengetuai AMK, strategi ini bakal menjadikan AMK sebagai krim kek yang hanya cantik diluar.

    • Imej harus dibina dari dalam dan secara menyeluruh.

    • Satu cadangan yang boleh diperbincang. AMK harus keluar dari kerangka tradisi organisasi. Kongres nasional saban tahun hanya mengikut di mana parti induk akan adakan, resam meluluskan mesyuarat dan perbahasan perwakilan yang dia hemtan dia dan sebaliknya. Apa kesan pada massa khususnya anak muda ?

    • Dicadangkan Kongres dilakukan di kawasan krisis. Contohnya jika tahun ini hak tanah diangkat maka Kongres harus dilakukan di kawasan setinggan. Mobilise setinggan muda dan anak setinggan dari seluruh negara, angkat pembahas dari anak muda setinggan , pekerja muda, mahasiswa dll. Maka kita akan mendapat perjuangan yang real arah yang harus diambil. Ucapan dasar dan penggulungan yang terarah kepada perlawanan rakyat. Nescaya AMK akan dilihat mewakili perlawanan rakyat dengan rebih realistik. Anak muda harus tidak berimejkan pejabat tetapi harus berada di tengah massa rakyat. Ini perubahan imej antara yang dicadangkan

    • Perbahasan negeri dan masalah negeri sudah dirungkai dalam Kongres negeri dalam cadangan pertama.

    • Sistem latihan terancang termasuk menjalinkan hubungan dengan parti atau organisasi luar dan menghantar pimpinan muda cabang dan ranting untuk latihan ke luar negara, demi melahirkan pimpinan yang berpandangan luas.

  • Penjanaan Ekonomi

    • Ekonomi persoalan penting. Perlu diwujudkan Konsortium anak muda dan Konsortium AMK.

    • Semua AMK yang terdiri dari usahawan dan berminat menjadi usahawan akan latih dan 'lorongkan' peluang. Ini akan menjawab kepada gerakan yang memerlukan kewangan, anggota AMK yang komited pasti akan membantu semula tetapi ia semua harus dibuat dengan sistem yang efisen.

    • AMK seharusnya juga mendesak kerajaan negeri dalam melaksanakan polisi mesra anak muda khususnya dalam keusahawanan. Elakan menjadi Umno dengan buget Tekun mereka, borang Tekun perlu di isi dengan borang ahli Umno. Ada kes pimpinan Umno ambil komisyen atas pinjaman Tekun dan akhirnya yang pinjam bukan usahawan tulen tetapi yang banyak tidak membayar hutang Tekun ialah ahli Umno.

  • Mewujudkan pasukan sedia tempur (minda dll)

    • menyedari hakikat Anwar bakal ditahan, siapa saja dipilih harus mempersiapkan diri dan teman-teman dengan segala kemungkinan. Tempur perlu dilakukan di mana saja termasuk meja rundingan dan seumpamanya. Daya tahan yang tinggi harus ada.


  1. Adakah kita tidak hendak ke Putrajaya tetapi sibuk bertempur di tepi jalan ? Adakah kita dengan bertempur di jalanan kita mampu mengambil alih putrajaya ?

Mewujudkan parti politik dan masuk pilihanraya ialah atas urusan mengambil alih kuasa. Kita boleh bercakap laksanakan polisi itu dan ini tetapi tanpa menguasai tampuk kuasa hampir mustahil ia boleh dilakukan. Maka tidak ada kompromi terhadap tujuan memerdekakan rakyat dengan menumbangkan Bn.

  1. Peranan menumbang regim bukan sahaja dijalanan tetapi kumpulan anak muda pendesak merupakan elemen penting dalam menjatuhkan regim. Contoh, menyingkap Revolusi Iran, Shah dijatuhkan apabila beberapa gerakan disatukan. Antara gerakan penting ialah penyebaran kesedaran rakyat diterajui dikalangan peniaga bazar di Iran. Ayatollah di luar Iran di Eropah memberikan pedoman demi pedoman. Kemuncak anak muda bangkit turun ke jalan dengan laungan 'Margashah' (mati Shah). Pemodal besar takut dan melihat memang tidak akan ada harapan Syah dapat dipertahankan. Pemodal besar juga meninggalkan Syah. Syah Mohd Reza Pahlavi sebagai raja terakhir dikeluarkan dengan Iran dengan sedikit penghormatan. Perdana Menteri Shahqul Bahtiar diangkat tetapi rakyat tidak terus tunduk anak muda terus bangkit sehingga Khomieni pulang dan diangkat menjadi Ketua Negara Revolusi Iran.

  2. Begitulah semua mainkan peranan dalam melengkapkan kejatuhan sebuah regim demi kemerdekaan rakyat.

  1. demikian Tuan moderator 20 min yang diperuntukan saya ambil lebih 1 minit untuk membentangkan arah tuju AMK. Apa yang saya bentangkan ini bukan idea saya secara solo tetapi ia hasil resolusi Rapat Anak Muda pada 16 September 2010 di Bangi yang dihadiri hampir 100 pimpinan anak muda di perbagai peringkat dari perbagai latar belakang.

  2. Saya cuba menjadikan semuanya dengan berpijak di bumi nyata. Pusingan kedepan ini boleh saya kata sebagai pusingan terakhir yang lebih kasar dan ganas tetapi ia mungkin boleh menjadi pusingan yang lebih pendek jika kita benar menyediakan anak muda kita. Kita pernah melakukan sejak perlawanan menuntut hak kepada kemerdekaan memerdekakan bumi ini hinggalah hyang berlaku di depan mata perjuangan kebangkitan reformasi. Ini semua bukan imiginasi romantis tetapi satu yang real yang perlu dihormati dan dipelajari.