Thursday, June 17, 2010

CheguBard MPP keadilan merangkap (ketua penyelaras SAMM) dituduh bawah akta hasutan di P.Penang...



Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Ketua Penyelaras SAMM(solidariti anak muda malaysia), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard, disoal siasat polis, semalam ekoran ceramahnya di Kubang Semang, 5 Mei lalu didakwa mempunyai unsur fitnah dan hasutan.Beliau yang hadir bersama beberapa pimpinan tertinggi dan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri disoal kira-kira satu jam oleh pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT).

Pada satu sidang media sejurus selepas keluar dari balai kira-kira jam 12.30 tengahari, beliau berkata,ceramah yang disampaikan pada malam itu tiada langsung unsur hasutan mahupun fitnah yang mampu memecah-belahkan masyarakat.Menurutnya, apa yang mahu disampaikan hanyalah kebenaran dan memberitahu orang ramai tentang apa yang sebenarnya berlaku."Antara yang disebutkan di dalam ceramah itu adalah mengenai kes jenayah yang semakin meningkat berikutan polis yang bekerja di bawah tekanan, dan oleh sebab itulah berlakunya kes tembak mati ke atas orang awam serta penyebaran pemikiran zionis di negara ini.

“Di samping itu, saya juga menyentuh berkenaan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membezakannya dengan kes bunuh Altantuya. Kedua-dua kes tersebut dilihat mempunyai kepincangan ketika perbicaraan. Itu saja.

Dalam pada itu,Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah.Menurutnya,jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Kita memanggil beliau (Badrul Hisham) pada hari ini adalah bagi membantu siasatan berhubung ceramahnya di Kubang Semang yang didakwa mempunyai unsur fitnah dan menyentuh sensitiviti masyarakat."Selain itu, Kita turut merekodkan keterangan beberapa saksi berhubung ceramah yang diadakan bagi membantu siasatan," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai butiran kenyataan fitnah tersebut berikutan kes masih dalam siasatan.

Begitupun, beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan Badrul Hisham akan dipanggil semula dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan.



No comments:

Post a Comment