Wednesday, December 8, 2010

Demo rakyat anti SYABAS..!!!!










alhamdulillah....
masa dan hari itu telah berlalu. ia berlalu dgn jayanya. ia berlalu dgn maruahnya. ia berlalu dgn matlamatnya. rakyat bangkit suatu kebiasaan. tapi anak muda dan mahasiswa bangkit adalah suatu keajaiban. mereka bangkit dengan berani. mereka tidak menoleh lagi.

tua, muda, kecil, besar, lemah, kuat, lelaki, wanita, melayu, cina, india, iban, kadazan juga ada dalam demo ini. mereka tahu dan kita juga tahu. hak rakyat mustahil bukan utk rakyat. yang merampas pasti akan dibalas. rakyat selangor merana tapi si rozali juga yg kaya raya. mana cerita rakyat didahulukan. kita dipaksa berjimat. yg lain semua mereka sebat.

mereka berkumpul tapi diangkat. kami berkumpul tapi dihambat. raja dijunjung tempat mangadu. kenapa dihalang tempat bertemu. kami rakyat umno pun rakyat. GAPS rakyat, berbaju merah juga rakyat. polis rakyat, mahasiswa juga rakyat. penganjur demo rakyat, penjaga masjid juga rakyat. mana silapnya.

gas disembur ke arah rakyat. bunga ditabur ke atas pengkhianat. pedih dan luka adalah mainan kami. wang dan ringgit penghibur musuh kami. jangan lalai dan jangan takut. manusia ini bila berseragam nampaknya taksub. bila hilang jawatan rakyat pula yg diikut. dulu kononnya rakyat tdk faham tapi kini sapa yang berdiam. rakyat tdk tidur. rakyat ada mata. rakyat ada otak. rakyat ada akal...LU PIKIR LAH SENDIRI..!!!

SAMM (solidariti anak muda malaysia)
"PERUBAHAN HARUS DIDESAK BUKAN DITUNGGU...!"

No comments:

Post a Comment