Thursday, June 30, 2011

kenyataan SAMM tentang perhimpunan aman 9 Julai 2011,,,

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), mengambil tanggungjawab untuk menyatakan dengan jelas bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan seperti mana yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita wajib mematuhi 5 rukun Negara yang telah ditetapkan sejak Negara kita mencapai kemerdekaan dan rukun negara yang ke tiga iaiatu KELUHURAN PERLEMBAGAAN secara jelas telah mengesahkan bahawa hak untuk berhimpun itu dibolehkan tanpa ragu-ragu.

SAMM adalah salah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang rata-rata disertai oleh golongan anak-anak muda Malaysia ini sangat komited untuk melihat Negara ini menjadi sebuah Negara yang benar-benar bertamadun dan beretika. Jesteru itu kami meraikan mana-mana kumpulan, baik dari pihak parti politik kerajaan atau pembangkang, badan-badan bukan kerajaan (NGO), mahasiwa mahasisiwi, pekerja-pekerja kilang, atau mana-mana pihak, layak untuk berhimpun. Kerana itu, kami dengan jelas menyatakan sokongan kepada rakyat yang akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini atas dasar perlembagaan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka diatas isu-isu yang diketengahkan. Begitu juga kami meraikan Pemuda UMNO dan PERKASA untuk turut sama berhimpun secara aman pada hari yang sama walau punya matlamat yang berbeza dengan peserta BERSIH. Ini adalah salah satu cara dimana kita rakyat Malaysia meraikan demokrasi dan mengangkat martabat Negara kita dimata dunia sebagai Negara yang punya kelas dan efisyen dalam mengangkat perlembagaan yang dicipta kita sendiri. Sekiranya pihak PDRM mengambil tanggungjawab untuk mengawal keadaan para-para demonstran pada 9 julai nanti, insyaallah, kami yakin dan pasti perhimpunan itu pasti berjalan dengan baik dan terkawal. Kita mempunyai contoh yang baik dalam perhimpunan aman anti Israel pada 4 Jun 2010, dimana kita berarak dari masjid Kg Baru sehingga ke kedutaan Amerika tanpa berlaku sebarang huru hara dan provokasi. Ini adalah kerana PDRM mengambil tanggungjawab untuk mengawal seluruh keadaan perhimpunan dari mula hingga akhir secara professional dan penuh tanggungjawab. Itu adalah antara contoh terbaik yang boleh kita ambil sekiranya PDRM bersetuju untuk bekerjasama dengan rakyat bagi menyatakan sesuatu kepada Yang Dipertuan Agung pada 9 Julai nanti.

Kami SAMM, cuma berasa kesal diatas tindakan PDRM baru-baru ini yang bertindak secara tidak adil dan professional dalam menjalankan tugas mereka sebagai pihak berkuasa yang diamanahkan oleh rakyat sendiri untuk mengawal keadaan supaya menjadi lebih baik. Adakah dengan membuat penangkapan secara besar besaran terhadap mereka-mereka yang masih belum membuat kesalahan itu satu perkara yang meraikan demokrasi? Ini jelas menunjukkan bahawa agensi kerajaan digunakan sehabis habisnya bagi melindungi kelompok itu dan menerima arahan tanpa menyelidiki bahawa tindakkan itu bertentangan dengan perlembagaan atau tidak. Sebagai contoh, ramai aktivis-aktivis yang memakai baju kuning BERSIH, ditangkap di seluruh Negara atas tuduhan menghasut rakyat untuk keluar berhimpun pada 9 julai 2011 nanti, sedangkan pemuda-pemuda UMNO yang secara terang memakai BAJU MERAH PATRIOT yang mengamuk dalam serbuan mereka ke pejabat parti Keadilan Rakyat di Tropicana beberapa hari yang lepas langsung tidak diambil tindakkan. Malah pihak polis yang turut berada di tempat kejadian hanya memerhatikan sahaja tingkah laku mereka yang tidak beradap dan beretika itu.

Inilah yang kami nyatakan dengan jelas bahawa sekiranya kita ingin melaksanakan sesuatu undang-undang, haruslah ia tidak dihadkan untuk sesetengah pihak sahaja. PDRM wajib untuk bertindak sama rata keatas mana-mana pihak tanpa mendiskriminasikan mana-mana kelompok agar PDRM dilihat sebagai badan berkuasa yang tidak berpihak dan bertindak secara professional sekaligus mengharumkan nama PDRM dimata rakyat dan dunia setelah selama ini banyak isu-isu yang melibatkan PDRM masih belum selesai.

Sekali lagi SAMM menyeru kepada semua pihak yang akan berhimpun pada 9 Julai nanti agar berhimpun lah dengan aman tanpa menimbulkan sebarang provokasi demi menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang benar-benar mengamalkan demokrasi. Perlembagaan Negara kita membenarkan rakyat untuk berhimpun secara aman dan pihak-pihak yang berkuasa seharusnya membenarkan dan mengambil tanggungjawab untuk bersama dengan rakyat mengembalikan maruah dan roh demokrasi dalam Negara kita yang semakin hari semakin tercalar akibat daripada terlalu banyaknya politik dalam menguruskan Negara. SAMM juga akan bersama dalam perhimpunan 9 Julai ini bagi menuntut SPR agar merealisasikan 8 tuntutan rakyat agar SPR juga tidak dituduh sebagai badan bebas yg berpihak.

“PERUBAHAN HARUS DIDESAK, BUKAN DITUNGGU,,”

Muhammmad Saufi ( penyelaras SAMM Negeri Sembilan)

5 comments:

  1. Pemerintah yang zalim "wajib" dijatuhkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
  2. Anak Muda Penegak Agama Dan Bangsa...Demi Kelahiran Akan Datang,Demi Memartabatkan Al-Quran Dan As-Sunnah

    ReplyDelete
  3. Demi anak-anak yang bakal hidup didalam negara,bangsa dan agama.."Mahukah kita melihat anak-anak bangsa Melayu ditindas oleh pemerintah yang zalim dan korup...

    ReplyDelete