Thursday, December 23, 2010

konvoi anak muda "rembau ke permatang pauh" kini beraksi...!!!











Add Image

















konvoi beramai ramai mnjadikan anak2 muda ni lebih berdisiplin..
ada peserta yg motor rosak, bro fauzi tolong tengokkan aje..mekanik united sharks yg membaikinya...
berehat sebentar sambil kene tongkat ali power root..! pehhh!
dua blogger suara johor online dan edyyes.blogspot sentiasa update bagi maklumat terbaru..
dihadapan stesyen minyak shell tanjung malim...
adik2 mahasiswa juga turut bersama dalam konvoi anak muda terbesar ini..!!!
upacara pelepasan konvoi anak muda di PJS oleh YB haniza talha timbalan speaker dun selangor...

edy, malek seremban, komeng, dan fauzi johor berposing bagai..

P.A chegubard, sdra azizi antara tulang belakang bagi program konvoi anak muda ini. tetapi beliau tdk dapat bersama kerana terpaksa bekerja..
Sdra Chegubard, Yb Taufik ghani, adun paroi, YB aminudin, adun sikamat bergambar bersama sebelum upacara pelepasan di dataran senawang. negeri sembilan..
banner SAMM diangkat sebaris dengan Banner United shark

Wednesday, December 8, 2010

majlis aqiqah ketua penyelaras SAMM di Teras Jernang , Bangi...










Demo rakyat anti SYABAS..!!!!










alhamdulillah....
masa dan hari itu telah berlalu. ia berlalu dgn jayanya. ia berlalu dgn maruahnya. ia berlalu dgn matlamatnya. rakyat bangkit suatu kebiasaan. tapi anak muda dan mahasiswa bangkit adalah suatu keajaiban. mereka bangkit dengan berani. mereka tidak menoleh lagi.

tua, muda, kecil, besar, lemah, kuat, lelaki, wanita, melayu, cina, india, iban, kadazan juga ada dalam demo ini. mereka tahu dan kita juga tahu. hak rakyat mustahil bukan utk rakyat. yang merampas pasti akan dibalas. rakyat selangor merana tapi si rozali juga yg kaya raya. mana cerita rakyat didahulukan. kita dipaksa berjimat. yg lain semua mereka sebat.

mereka berkumpul tapi diangkat. kami berkumpul tapi dihambat. raja dijunjung tempat mangadu. kenapa dihalang tempat bertemu. kami rakyat umno pun rakyat. GAPS rakyat, berbaju merah juga rakyat. polis rakyat, mahasiswa juga rakyat. penganjur demo rakyat, penjaga masjid juga rakyat. mana silapnya.

gas disembur ke arah rakyat. bunga ditabur ke atas pengkhianat. pedih dan luka adalah mainan kami. wang dan ringgit penghibur musuh kami. jangan lalai dan jangan takut. manusia ini bila berseragam nampaknya taksub. bila hilang jawatan rakyat pula yg diikut. dulu kononnya rakyat tdk faham tapi kini sapa yang berdiam. rakyat tdk tidur. rakyat ada mata. rakyat ada otak. rakyat ada akal...LU PIKIR LAH SENDIRI..!!!

SAMM (solidariti anak muda malaysia)
"PERUBAHAN HARUS DIDESAK BUKAN DITUNGGU...!"

Thursday, December 2, 2010

SAMM ajak semua besama dalam pesta merah 5 Disember, Ahad ini





Solidariti anak muda malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda non structural yg yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan YAB Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap DYMM SPB YG Dipertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda tuanku dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan KL.

Syabas sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji CEO nya TanSri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan (itu belum masuk perbagai elaun keistimewaan) hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.

Bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi Air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.

Himpunan aman merupakan hak rakyat. Rekod setakat ini himpunan aman hanya menjadi kacau dan menyebabkan gangguan trafik teruk apabila melibatkan gangguan pihak polis.

SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar. Sekurangnya 50 org 'marsyal demo' yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tak di ingini. Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan bersih,kesas dll. Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka.

Samm menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas. Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri.

Seharusnya semua anggota JKKK, ahli majlis dan jentera bawah kerajaan negeri harus hadir bersama mengiringi Menteri Besar. Semua ADUN tidak harus gagal hadir demi pertahan hak rakyat.

Difahamkan kerajaan negeri sudah berhubung dengan pihak istana. Acara 5 Dis 12tgh itu ialah praktik membesarkan institusi beraja, rakyat mengadap raja mengadu masalah... Siapa yg mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka.

SAMM juga merafak sembah ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong ke atas keperihatinan baginda menerima rakyat mengadap. Begitulah seharusnya hubungan raja dan rakyat. Ingat ketika Malayan Union dipaksa kpd bumi ini yang bakal menelan kuasa raja, rakyat bangkit membela.. Maka sewajarnya bila rakyat derita pertahan hak air sebagai hak asas semua pintu istana yang terbuka amat bermakna.

Kesudian tuanku mencemar duli membuka pagar istana utk rakyat mohon mengadap amat dihargai dan sama sekali menghapuskan pandangan persepsi negatif bahawa raja melayu merupakan institusi yang tidak bermaya.

PDRM dipercayai akan bertindak lebih waras lagi terutama selepas keputusan mahkamah tinggi Kuala lumpur yang membebaskan tertuduh himpunan bersih dengan kenyataan hakim yang menyatakan masjid negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul.

Ayuh semua datang raikan pesta kuasa rakyat. Warna tema kali ini merah. Datang dengan baju merah,belon merah,payung merah pendek kata serba merah.

Jumpa di sana.

che'GuBard
Penyelaras/pengasas SAMM
1 dis 2010