tetapi apabila kami memilih di sebuah kawasan yang sememangnya sangat2 sesuai dari berbagai sudut mengikut pengalaman kami sebagai ahli politik juga ditolak oleh pihak polis, maka kami selaku anak muda mula hilang sabar. lebih2 lagi apabila surat permohonan yang ditolak itu menyatakan bahawa ceramah ini tidak dibenarkan berlaku kerana atas faktor keselamatan. isi surat itu menyatakan bahawa ini adalah kubu kuat menteri Besar yang mempunyai ramai pengikut2 samseng yang bila2 sahaja boleh membuat huru hara dan kawasan ini juga dikenali sebagai kawasan PEKIDA yang ramai. secara tdk langsung pihak polis telah memburukkan nama pertubuhan ini yang berlandaskan dakwah dan kebajikan...!!!
alasan itu benar2 mengejutkan kami kerana kini baru kami dan rakyat sedar bahawa selama ini yang paling berkuasa dari segi penguatkuasaan undang2 bukanlah polis tapi samseng2 Tok Mat Hassan!!! ini sangat jelas kerana polis dengan sendiri menyatakan bahawa mereka tidak bisa mengawal kumpulan2 samseng ini dengan mengarahkan kami agar membatalkan ceramah. sepatutnya pihak polis seharusnya mengawal mereka2 ini agar majlis dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
cuba kita bayangkan kumpulan dari pembangkang yang mengadakan demonstrasi sehingga ratusan ribu rakyat seperti yang lepas, kita dapat lihat bagaimana pihak polis boleh mengawal keadaan agar tidak menjadi huru hara. maka seharusnya juga polis boleh mengawal kumpulan2 samseng yang tidak seberapa ini jika program ceramah diadakan..!!!
setelah itu, kami barisan anak muda nekad untuk meneruskan juga ceramah umum ini kerana persiapan telah dibuat begitu lama dan perbelanjaan yang diberi rakyat telah banyak dicurahkan demi memastikan ceramah umum ini terlaksana. pihak umno dan polis mula panik apabila kami tidak mengendahkan arahan mereka untuk tidak mengadakan ceramah disitu. Anak muda telah hilang sabar kerana kami jelas telah dianiaya dan berat sebelah oleh pihak polis. banyak program UMNO yang berlaku di kawasan rantau berlaku tanpa ada masaalah tapi kenapa apbila kami yang melaksanakannya ianya menjadi masaalah!!???
Arahan pemimpin anak muda Sdra CheGubard agar program ini diteruskan benar2 memeranjatkan mereka. pihak mereka tidak sangka dengan keputusan kami untuk tetap meneruskan program ini walau mendapat tentangan dari berbagai bagai sudut. kami anak muda sangat yakin dengan slogan bahawa 'PERUBAHAN HARUS DIDESAK BUKAN DITUNGGU!!!"
maka segala persiapan diteruskan walau banyak material kami telah disebotaj oleh pihak samseng2 umno dan Majlis Perbandaran Seremban yang telah bersedia berhampiran dengan tapak ceramah.
itu semua kami persetankan kerana kami yakin apa yang kami buat ini betul dan boleh menyelamatkan rakyat dari terus ditindas! WAMAKRUWAMAKARULLAH WALLKHUKHOIRULMAKIRIN, petang itu sdra Azizi selaku penyelaras program ceramah mendapat panggilan daripada ibu pejabat kontinjen polis menyatakan bahawa permit ceramah telah diluluskan. Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! berita kemenangan untuk rakyat dan pejuang anak muda kini menjelma. keberanian anak muda menjadi igauan buat mereka2 yang zalim! mereka sedar jika mereka menghalang dan menekan nescaya kami anak muda lebih kuat dan berani untuk berhadapan dengan mereka!!!
alhamdulillah Ya Allah!!! kerana memudahkan urusan kami dalam proses memberi penerangan kepada rakyat tentang kebenaran dan fitnah pemerintah. ceramah malam tadi dihadiri ribuan rakyat yang dahagakan maklumat. ramai yang tidak sangka dengan kehadiran sebegitu ramai kerana PRU dahulu tempat ini hanya pernah berjaya mengumpul hadirin rakyat sekitar bawah dari 50 orang sahaja..tahniah kepada seluruh petugas baik yang lama dan yang muda!!!
tahniah kepada rakyat rantau dan N.Sembilan kerana begitu berani untuk bersama dengan kami Pakatan Rakyat dalam proses kami utk membela rakyat dan membuat perubahan!!!
kini rakyat harus sedar bahawa 'PERUBAHAN HARUS DIDESAK BUKAN DITUNGGU!!!"
SAMM (solidariti anak muda malaysia)
http://solidaritianakmuda.blogspot.com/
PERUBAHAN HARUS DIDESAK BUKAN DITUNGGU!!!
Malam tu Abang Mat kite dah basuh oghang situ dengan Clorox kalau tak sedar lagi x taulah.
ReplyDeleteWahai rakanku orang UMNO sedarlah apa mereka lakukan,judi di halalkan bencana 1Malaysia
Takbir