Monday, October 18, 2010
Tuesday, September 28, 2010
SAMM bersama mahasiswa dalam kes saman pemula pelajar terhadap UKM di mahkhamah jln duta , KL....
semalam di mahkhamah ramai aktivis2 dan kelompok2 anak muda yg hadir utk memberi sokongan kepada sahabat2 mahasiswa dalam kes mereka terhadap UKM yg ingin membawa mereka dibicarakan di universiti atas akta AUKU yg tdk adil sama sekali terhadap mana2 pelajar mahasiswa. persoalan pelajar tdk dibenarkan berpolitik hanya dalam skop pembangkang sahaja tetapi bila pelajar berpolitik untuk parti UMNO itu dibolehkan malah digalakkan..ini lah yg dipanggil diskriminasi dalam pentadbiran dan penguatkuasaan. kerana itu sekumpulan pelajar2 seperti Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha, dan Wong King Chai mengambil pendekatan sebegini untuk memberi isyarat jelas kepada kerajaan atau kementerian bahawa hak haruslah diangkat sebagai hak, bukan retorik semata mata. sememangnya ini adalah salah satu langkah bagaimana untuk mmbangkitkan kesedaran kepada mahasiswa seluruh negara agar jangan terpesona dgn janji2 mereka bahawa hak dan kebebasan bersuara ini wujud di muka bumi malaysia ini sdangkan ia sekadar angin lalu sahaja.
SAMM sendiri telah menyatakan dgn tegas bahawa selagi hak2 mahasiswa dan pelajar2 di seluruh negara dinafikan, maka kami tdk teragak agak untuk bersama dgn mereka berganding bahu untuk terus berjuang bagi membangkitkan semangat demokrasi ini agar terus subur dan terus terpelihara sehingga bila2 insyaallah....
SAMM (solidariti anak muda malaysia )
" PERUBAHAN HARUS DIDESAK BUKAN DITUNGGU..!!!"
Friday, September 24, 2010
ucapan 20 minit calon-calon KETUA AMK MALAYSIA...

Antara perkara point penting yang dibangkitkan dalam debat Kita boleh saja bercakap nak ke Putrajaya atau Konsep pencerahan namun siapa sahaja yang memang dalam pemilihan kali ini harus sedar satu hakikat iaitu risiko terhadap Anwar dan Parti. Semua orang harus bersedia dengan risiko itu.
Siapa dalam dewan ini yang boleh nafi Anwar akan ditahan semula ? Hanya orang yang tidak memahami politik negara dan ketakutan regim Rosmah dan Najis sahaja akan percaya Anwar akan memperolehi keadilan.
Dengan peguam dihalang berhujah, bukti yang diselewengkan serta semua agensi kerajaan dipergunakan sepenuhnya semua sudah parti tahui akan penghujung kes ini.
Maka team yang menerajui AMK nanti mesti / wajib menyedari hakikat ini dan bersedia bertempur dengan sedaya upaya mereka. Tdak kira siapa yang memang harus memperakui hakikat ini jika tidak Amk tidak berpijak dibumi nyata.
Hakikat ini perlu disedari sebelum bincang pasukan ke Putrajaya.
Pilihanraya akan diadakan mungkin sekitar suku ketiga tahun hadapan tetapi yakinlah sebelum itu Anwar akan ditahan.
Penahanan Anwar ini bakal berlaku kerana ketakutan regim Rosmah dan Najib pada Anwar. Anwar memberikan imej baik di dalam dan luar negara kepada Pakatan Rakyat. Anwar ialah pengikat 'glue' kepada Pakatan Rakyat. Dengan masalah dalaman Bn dan regim yang makin meruncing Najib tidak sanggup berdepan dengan Pakatan Rakyat yang bersatu dan berimej baik jesteru itu apa jua cara sekalipun Anwar perlu ditahan.
Ingat senang ke Regim ini nak serahkan Putrajaya begitu sahaja dengan menyerah di kotak undi ? Ingat senang ke mereka nak beri Petronas untuk diuruskan rakyat ? Ingat senang ke adik Najib nak serah kerusi empok CIMB yang berikanya berjuta setahun ? Regim ini tidak akan menyerah dengan mudah, seribu satu taktik kotor akan digunakan maka pimpinan muda yang bakal dibentuk harus bersedia 'bertempur' bagi pihak rakyat.
Lihat sahaja Perak dah menang pun dirampas secara jahat dengan melibatkan pemodal besar, kakitangan kerajaan dan seumpamanya.
Selepas ini juga peluang yang terbaik kerana dua krisis besar iaitu satu krisis yang tidak dapat di elak iaitu krisis ekonomi dan satu lagi krisis yang dicipta krisis perkauman.
Ekonomi merupakan faktor penting. Pertempuran antara Abdullah dan Mahathir punca agihan kek ekonomi antaranya ialah apabila tanah di Sg. Buluh yang telah diberikan pada anak Mahathir telah dibatalkan. Pertempuran Mahathir dan Najib juga akan tercetus juga antara alasan hampir sama iaitu kes tanah TUDM di Sg. Besai yang seharusnya dapat kepada kroni Dr. Mahathir tetapi kini dianugerahkan oleh Regim Rosmah dan Najib akur kepada orang lain.
Begitu juga kesan ekonomi global yang tidak dapat dielak. US telah melakukan suntikan ransangan ekonomi berjumlah USD 1 Trillion, namun ekonomi berasaskan pasaran terbuka terus gagal. Bank pertama muflis Nortern Rock. Lehman Brother, bank pengurus dana kewangan terbesar juga jatuh muflis. Kesan ekenomi melebar ke Eropah. Iceland dan Greace sudah menjadi negara muflis. Itali, Sepanyol dan Portugal yang asas ekonomi negara lemah pasti akan mengekori. Di UK pengangguran menjadi 6% di Amerika meningkat pada kadar 5-7%. Ini krisis dan kegagalan sistem ekonomi pasaran terbuka dunia.
Krisis mula September 2008, sejak itu banyak rumah kena rampas bank, banyak harta dirampas bank, pasaran menjadi kacau lelelongan awam terganggu. Dari US ke Eropah melebar ke Asia. Buget ransangan USD 1 trillion yang dibuat Obama gagal...... adakah kita percaya suntikan ransangan RM21juta Najibberjaya ? Kesan dunia ini tidak dapat dielak dan ini akan menumbangkan juga regim ini jika barisan anak muda 'pendesak' dapat kita persiapkan.
Krisis perkauman ialah krisis yang dicipta oleh regim untuk menyelamatkan keadaan. Ini biasa dilakukan di seluruh dunia dan terakan dalam sejarah. Adolf Hitler dari seorang pengemis di Viena ke perebet penghantar surat dalam Regimen ke 16 Bavaria kemudian menjadi agen gergaji bermata dua dalam pasukan tentera German. Oleh kerana pada ketika itu masalah ekonomi menekan massa rakyat maka Hitler dengan karisma dan licik strategi beliau telah membangkitkan serta menyatukan semua 'bangsa German' dengan menjadikan Yahudi sebagai musuh atas alasan Yahudi menguasai dan 'mencuri' harta orang German. Hitler diangkat menjadi Canselor (ketua) German beliau bukan saja membangkitkan pembersihan etnik tetapi mencatatkan nama mencetus perang dunia.
Di Malaysia regim yang diwarisi Rosmah dan Najib ini terbentuk dari pakatan parti – parti perkauman yang diwarisi dari penjajah. Setiap kali mereka hilang tapak sokongan pasti mereka akan menggunakan taktik sama iaitu sentimen perkauman. Cuma kali ini pembakaran sentimen perkauman dilakukan secara francais oleh pihak luar parti pendiri regim. Ini amat bahaya dan bakal tidak dapat dikawal nanti bila krisis dunia melebar.
Menyedari dan menginsafi semua perkembangan ini khususnya risiko yang bakal ketua umum parti bakal berdepan maka anak muda progresif perlu menyediakan pasukan 'tegar' yang bersedia.
Realiti kini : setelah proses pencalonan dilakukan hanya ¼ cabang sahaja yang mampu memberikan pencalonan AMK yang cukup. Maksudnya ada pencalonan Ketua, Timbalan, 3 Naib dan 15 AJK peringkat cabang. Jika untuk memberikan pencalonan cukup pun tak mampu maknanya AMK sudah memasuki 'zon merah'. Malah di Sarawak tidak ada AMK yang layak bermesyuarat.
AMK juga seolah hilang arah dan pendekatan.
Tumpuan :
mempersiapkan jentera AMK di setiap peringkat khususnya kawasan tumpuan
mempertingkatkan kesedaran dan daya tahan AMK
mempertingkatkan daya tarikan anak muda terhadap AMK
Sasaran :
30 kawasan sedia dimenangi dan ditambah sekurang kurangnya 15 lagi kawasan yang harus dirampas harus lengkap AMK dan sedia hadapi sebarang kemungkinan
AMK sedia dan memberikan tumpuan gerak kerja mobilisasi perbagai, tumpuan pendaftaran pemilih dan seumpamanya
responsif terhadap isu semasa dengan lenggok gaya anak muda
perlaksanaan :
Demokrasi
dalaman : pindaan perlembagaan bersifat memperteguh demokrasi dengan 1 undi 1 ahli. Ini harus disambut oleh AMK dengan perlaksanaan kongres negeri. Sebelum ini sering wujud isu lantikan ketua AMK tidak diterima dan seumpamanya. Sebagai manusia saya sendiri tidak dapat elak jika ada teman rapat yang mendesak untuk menjadi ketua amk negeri. Jesteru itu Kongres AMK negeri bakal melebarkan demokrasi dengan pimpinan negeri dipilih melalui demokrasi. Tidak penting pimpinan negeri tak sokong saya secara peribadi tetapi yang penting parti.
Luaran : walaupun kita kelihatan biasa dengan demokrasi tapi pemahaman masih jauh. Dari aspek bahasa sahaja di seluruh dunia demokrasi tua dan maju mereka punya bahasa mereka bagi menterjemah Demokrasi, cth Hanggul (Bahasa Korea) menyebut demokrasi sebagai minjujui (kuasa rakyat) namun diMalaysia ia agak jauh kerana kita hanya meminjam perkataan bahasa Ingeris (democracy = demokrasi) jesteru itu kempen berterusan mendidik rakyat memahami erti demokrasi harus diberikan tumpuan contohnya tak ramai yangs edar negara ini ialah gabungan negeri-negeri yang bersatu dalam konsep federalisme. Kuasa negeri-negeri harus diperteguh. Melalui aspek ini juga AMK akan menjadi pendesak kepada pelaksanaan kuasa kerajaan negeri demi menobatkan hak rakyat seperti pemilihan kerajaan tempatan. Mobilisasi akan diberikan tumpuan dalam aspek pendidikan pengukuhan demokrasi.
Latihan dan pengkaderan
keADILan tidak ada sistem pengkaderan. Ini bahaya bagi hanyat parti. Dalam negeri yang diterajui PR sendiri kita umpama menjual epal di pasar malam dalam mencari ahli. Kita perlukan sistem segera.Regim menggunakan BTN, PLKN dan perbagai lagi elemen untuk mendoktrin anak muda.
Contoh dicadangkan : sasaran lepasan Spm dan STPM. Selalunya kelompok ini akan pergi ke kursus bahasa ingeris dan komputer. Apa salahnya atas kepentingan mempertingkat modal insan kerajaan negeri mengeluarkan buget menganjurkan kursus komputer dan bahasa inggeris secara khemah latihan 3-4 minggu. Peluang bersama anak muda ini harus diambil kesempatan. Bukan doktrin tetapi merdekan minda anak muda. Dedahkan mereka dengan fakta sejarah sebenar negara dan anak muda akan sedar bahawa parti-parti pendiri regim merupakan pewaris penjajah dan cerita negara hanya merdeka dengan rundingan hanya dongeng. Anak muda ini dimerdekan minda dengan mendedahkan masalah negara. Ribuan anak muda akan membentuk ganerasi muda yang progresif dan sedar. Ikuti mereka secara sistematik di Universiti. Anak muda yang menjadi pelatih terbaik tiap kursus pasti dengan karisma dan tahap pemikiran mereka akan masuk universiti dan bantu mereka untuk melebar sayap kesedaran atau bantu mereka (bukan kawal) dalam pilihanraya kampus.
Sebagai gerakan progresif anak muda AMK akan relevan dalam ganerasi muda progresif dan sedar. Ini terus menjawab pengkaderan melahirkan kepimpinan baru.
Perubahan imej secara radikal
Jgn terperangkap dengan istilah radikal dan revolusi dengan gambaran imej ganas spt bakar kereta dll.
Imej amk bukan beerti perlu seorang CEO hebat mengetuai AMK, strategi ini bakal menjadikan AMK sebagai krim kek yang hanya cantik diluar.
Imej harus dibina dari dalam dan secara menyeluruh.
Satu cadangan yang boleh diperbincang. AMK harus keluar dari kerangka tradisi organisasi. Kongres nasional saban tahun hanya mengikut di mana parti induk akan adakan, resam meluluskan mesyuarat dan perbahasan perwakilan yang dia hemtan dia dan sebaliknya. Apa kesan pada massa khususnya anak muda ?
Dicadangkan Kongres dilakukan di kawasan krisis. Contohnya jika tahun ini hak tanah diangkat maka Kongres harus dilakukan di kawasan setinggan. Mobilise setinggan muda dan anak setinggan dari seluruh negara, angkat pembahas dari anak muda setinggan , pekerja muda, mahasiswa dll. Maka kita akan mendapat perjuangan yang real arah yang harus diambil. Ucapan dasar dan penggulungan yang terarah kepada perlawanan rakyat. Nescaya AMK akan dilihat mewakili perlawanan rakyat dengan rebih realistik. Anak muda harus tidak berimejkan pejabat tetapi harus berada di tengah massa rakyat. Ini perubahan imej antara yang dicadangkan
Perbahasan negeri dan masalah negeri sudah dirungkai dalam Kongres negeri dalam cadangan pertama.
Sistem latihan terancang termasuk menjalinkan hubungan dengan parti atau organisasi luar dan menghantar pimpinan muda cabang dan ranting untuk latihan ke luar negara, demi melahirkan pimpinan yang berpandangan luas.
Penjanaan Ekonomi
Ekonomi persoalan penting. Perlu diwujudkan Konsortium anak muda dan Konsortium AMK.
Semua AMK yang terdiri dari usahawan dan berminat menjadi usahawan akan latih dan 'lorongkan' peluang. Ini akan menjawab kepada gerakan yang memerlukan kewangan, anggota AMK yang komited pasti akan membantu semula tetapi ia semua harus dibuat dengan sistem yang efisen.
AMK seharusnya juga mendesak kerajaan negeri dalam melaksanakan polisi mesra anak muda khususnya dalam keusahawanan. Elakan menjadi Umno dengan buget Tekun mereka, borang Tekun perlu di isi dengan borang ahli Umno. Ada kes pimpinan Umno ambil komisyen atas pinjaman Tekun dan akhirnya yang pinjam bukan usahawan tulen tetapi yang banyak tidak membayar hutang Tekun ialah ahli Umno.
Mewujudkan pasukan sedia tempur (minda dll)
menyedari hakikat Anwar bakal ditahan, siapa saja dipilih harus mempersiapkan diri dan teman-teman dengan segala kemungkinan. Tempur perlu dilakukan di mana saja termasuk meja rundingan dan seumpamanya. Daya tahan yang tinggi harus ada.
Adakah kita tidak hendak ke Putrajaya tetapi sibuk bertempur di tepi jalan ? Adakah kita dengan bertempur di jalanan kita mampu mengambil alih putrajaya ?
Mewujudkan parti politik dan masuk pilihanraya ialah atas urusan mengambil alih kuasa. Kita boleh bercakap laksanakan polisi itu dan ini tetapi tanpa menguasai tampuk kuasa hampir mustahil ia boleh dilakukan. Maka tidak ada kompromi terhadap tujuan memerdekakan rakyat dengan menumbangkan Bn.
Peranan menumbang regim bukan sahaja dijalanan tetapi kumpulan anak muda pendesak merupakan elemen penting dalam menjatuhkan regim. Contoh, menyingkap Revolusi Iran, Shah dijatuhkan apabila beberapa gerakan disatukan. Antara gerakan penting ialah penyebaran kesedaran rakyat diterajui dikalangan peniaga bazar di Iran. Ayatollah di luar Iran di Eropah memberikan pedoman demi pedoman. Kemuncak anak muda bangkit turun ke jalan dengan laungan 'Margashah' (mati Shah). Pemodal besar takut dan melihat memang tidak akan ada harapan Syah dapat dipertahankan. Pemodal besar juga meninggalkan Syah. Syah Mohd Reza Pahlavi sebagai raja terakhir dikeluarkan dengan Iran dengan sedikit penghormatan. Perdana Menteri Shahqul Bahtiar diangkat tetapi rakyat tidak terus tunduk anak muda terus bangkit sehingga Khomieni pulang dan diangkat menjadi Ketua Negara Revolusi Iran.
Begitulah semua mainkan peranan dalam melengkapkan kejatuhan sebuah regim demi kemerdekaan rakyat.
demikian Tuan moderator 20 min yang diperuntukan saya ambil lebih 1 minit untuk membentangkan arah tuju AMK. Apa yang saya bentangkan ini bukan idea saya secara solo tetapi ia hasil resolusi Rapat Anak Muda pada 16 September 2010 di Bangi yang dihadiri hampir 100 pimpinan anak muda di perbagai peringkat dari perbagai latar belakang.
Saya cuba menjadikan semuanya dengan berpijak di bumi nyata. Pusingan kedepan ini boleh saya kata sebagai pusingan terakhir yang lebih kasar dan ganas tetapi ia mungkin boleh menjadi pusingan yang lebih pendek jika kita benar menyediakan anak muda kita. Kita pernah melakukan sejak perlawanan menuntut hak kepada kemerdekaan memerdekakan bumi ini hinggalah hyang berlaku di depan mata perjuangan kebangkitan reformasi. Ini semua bukan imiginasi romantis tetapi satu yang real yang perlu dihormati dan dipelajari.
Friday, June 25, 2010
Adakah Najib Diugut Untuk Terima Keputusan Rundingan Malaysia - Singapura yang merugikan?

Kenyataan Media
25 Ogos 2010
Ogos 1965, regim pemerintah Negara telah menyerahkan Singapura. Kelemahan regim ini ditutup dengan perbagai sentiment. Rakyat yang terbakar dengan perbagai sentimen pada waktu itu melupakan kelemahan regim sehingga tergadai hak dan kedaulatan Negara. Semenjak itulah perbagai isu hubungan dua negara ini muncul dan tidak selesai.
Antara isu yang tidak diselesaikan dan berpanjangan sejak dulu antaranya ialah isu pembangunan tanah milik KTMB dan sekitar tambak Johor. Walau apa pun tuduhan terhadap Perdana Menteri sebelum ini namun jelas mereka mempertahankan kedaulatan Negara dan tidak mahu menerima tawaran rundingan Singapura yang jelas berat sebelah.
Namun baru – baru ini hasil pertemuan tertutup Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawat di Singapura. Kononya telah menyelesaikan beberapa isu tertangguh sekian lama. Dilaporkan di media Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Dilaporkan juga Najib turut menyatakan, 271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan.
Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini di mana Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.
Ini, bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan.
Walaupun belum ada kepastian mengenai status pemilikan tanah, tetapi projek sistem transit laju (RTS) menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual beroperasi pada 2018 melalui projek usaha sama ini, kini dibahagi dua kepada Singapura.
Najib juga, gagal memberikan penjelasan terperinci tentang cadangan memindahkan Stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) milik Singapura menjelang 1 Julai 2011.
Tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.
Malaysia juga dikatakan bakal memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP.
Hampir pasti bahawa kos operasi KTMB pasti akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan pada masa akan datang.
Maka KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad yang juga dibawah perlaburan Khazanah Nasional.
Apa yang berlaku ialah kita bakal membentuk satu lagi perjanjian seperti perjanjian air dengan Singapura yang jelas amat berat sebelah dan menggadaikan kedaulatan Negara.
Semua ini mengarut dan tak masuk akal. Selepas pengumuman di Singapura , banyak bantahan kedengaran di Malaysia. Namun Perdana Menteri Singapura hadir pula ke Kuala Lumpur seolah ‘mengingatkan’ Najib mengenai sesuatu agar Najib terus mempertegaskan persetujuan Malaysia dengan keputusan berat sebelah yang dipersetujui di Singapura.
Seolah seperti ada sesuatu yang mengikat Najib untuk akur walaupun ia jelas merugikan Negara. Dari aspek politik juga Najib jelas akan rugi kerana suara bantahan yang keras sudah mula kedengaran. Namun Najib seolah terpaksa meneruskan.
Adakah Najib diugut dalam mempersetujui perjanjian ini ?
Berdasarkan kenyataan bersumpah yang di ikrarkan oleh Balasubramanian pada 1 Julai 2008 menyatakan Antara dakwaan Bala dalam surat akuan itu ialah, Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada Razak di Pameran Berlian di Singapura. Maknanya Najib pernah berada di Singapura bersama Altantuya.
Adakah ‘perisik’ Singapura telah mengumpulkan rekod tersebut ? Adakah rekod tersebut digunakan untuk mengugut Najib dalam akur dan bersetuju dalam satu lagi penggadaian hak dan kedaulatan Negara ?
Najib perlu tampil dan berterus terang depan rakyat Malaysia. Jika benar dia diugut rakyat Malaysia seharusnya bangkit bersatu bersama Najib yang sedang menghadapi ugutanmelalui rekod maklumat risikan Singapura ini.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat isu ini sebagai isu besar kedaulatan, maruah dan masadepan Negara. Untuk itu 2 Julai ini Solidariti Anak Muda Malaysia akan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai isu ini dan surat terbuka ini akan dicetak sekurang – kurangnya 20,000 naskah akan diedar seluruh Negara bagi mempertingkatkan pemahaman rakyat agar bangkit mempertahankan kedaulatan Negara.
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Saturday, June 19, 2010
ceramah umum Chegubard di pontian Johor anjuran AIC johor...

- Alhamdulillah program selama dua hari 18hb dan 19hb bagi mengempur dua Dun di Pontian iaitu Dun Benut dan Dun Pulai Sebatang amat berjaya sekali.Kehadiran yang amat memuaskan sekali.Pada 18hb program bersama Yb.Ir Khalid Samad,Hassan Karim dan Subramaniam.19hb pengisian program petang dan malam.Bersama Yb.Ng Suee Lim ( Adun Dap Sekinchan,Selangor ) , Chegu'Bard ( MT PKR Pusat ) , Subramaniam ( Dewan Perhimpunan PAS ) dan kehadiran yang tidak di jangka Azhan Atan ( Juara Akademik Nasyid Tv9 ).Program Hi-tea bersama penduduk Sanglang yang terletak di Dun Benut amat memberangsangkan sekali.Di hadiri dalam 50 orang penduduk pelbagai kaum.Kehadiran dari penduduk cina yang tidak di sangka hampir 15-20 orang mendengar ucapan oleh Yb.Ng dan Chegubard.Ini adalah petanda bahawa bahawa mereka bersama dengan gelombang perubahan pada PRU 13 nanti.Dengan itu ia akan memberikan satu mimpi mengerikan kepada pemimpin Umno Pontian Di bawah Datuk Ahmad Maslan ( Ketua Penerangan UMNO Malaysia ) yang juga Ahli Parlimen Pontian.Program PAS sudah di hadiri oleh orang cina.Mengambarkan orang cina di Pontian sudah tidak takut dengan PAS dan mereka akan bersama melakukan perubahan pada pilihanraya umum nanti.Program Ceramah Umum malam bermula jam 9.30pm.Ucapan aluan oleh YDP PAS Pontian dan Subramaiam.10.10 - Chegubard memberikan ceramah dengan pelbagai isu di lontarkan kepada rakyat yang hadir malam itu.Isu Melayu di sentuh,Isu PRK hulu selangor dan Sibu,Isu anak kucing Najib dan sebagainya dan dalam jam 11.10 - Azhan Atan ( Juara Akademik Nasyid ) menyampai sebuah lagu baru PAS.Tepat jam 11.15 - YB Ng Suee Lim berceramah dengan lontaran pelbagai isu.Ceramah yang di sampaikan dengan pelbagai versi bahasa cina,melayu dan lebih banyak berucap dalam bahasa Jawa.Ini lah kelebihan YB Ng boleh bercakap bahasa jawa dengan fasih sekali.Pada malam itu kehadiran amat memberangsangkan sekali.Melebihi 500 orang yang hadir.Semoga dengan program ini ia akan membawa satu perubahan besar pada PRU 13 nanti khusus di Parlimen Pontian.
(sumber: http://anwaribrahimclubnegerijohor.blogspot.com/)
Thursday, June 17, 2010
CheguBard MPP keadilan merangkap (ketua penyelaras SAMM) dituduh bawah akta hasutan di P.Penang...
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Ketua Penyelaras SAMM(solidariti anak muda malaysia), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard, disoal siasat polis, semalam ekoran ceramahnya di Kubang Semang, 5 Mei lalu didakwa mempunyai unsur fitnah dan hasutan.Beliau yang hadir bersama beberapa pimpinan tertinggi dan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri disoal kira-kira satu jam oleh pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT).
Pada satu sidang media sejurus selepas keluar dari balai kira-kira jam 12.30 tengahari, beliau berkata,ceramah yang disampaikan pada malam itu tiada langsung unsur hasutan mahupun fitnah yang mampu memecah-belahkan masyarakat.Menurutnya, apa yang mahu disampaikan hanyalah kebenaran dan memberitahu orang ramai tentang apa yang sebenarnya berlaku."Antara yang disebutkan di dalam ceramah itu adalah mengenai kes jenayah yang semakin meningkat berikutan polis yang bekerja di bawah tekanan, dan oleh sebab itulah berlakunya kes tembak mati ke atas orang awam serta penyebaran pemikiran zionis di negara ini.
“Di samping itu, saya juga menyentuh berkenaan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membezakannya dengan kes bunuh Altantuya. Kedua-dua kes tersebut dilihat mempunyai kepincangan ketika perbicaraan. Itu saja.
Dalam pada itu,Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah.Menurutnya,jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Kita memanggil beliau (Badrul Hisham) pada hari ini adalah bagi membantu siasatan berhubung ceramahnya di Kubang Semang yang didakwa mempunyai unsur fitnah dan menyentuh sensitiviti masyarakat."Selain itu, Kita turut merekodkan keterangan beberapa saksi berhubung ceramah yang diadakan bagi membantu siasatan," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai butiran kenyataan fitnah tersebut berikutan kes masih dalam siasatan.
Begitupun, beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan Badrul Hisham akan dipanggil semula dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan.